awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan penentu petinju ke Sukan SEA

Bernama
Bernama
28/01/2013
10:10 MYT
Kejohanan penentu petinju ke Sukan SEA
Kejohanan Tinju Bandar Raya Kuala Lumpur yang kini berlangsung di Stadium Titiwangsa menjadi gelanggang untuk mengukur prestasi petinju negara sebelum layak beraksi di Sukan SEA Myanmar, pada Disember depan.
Setiausaha Persatuan Tinju Amatur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mejar (B) K.Nambiar berkata kejohanan enam hari berakhir Rabu itu juga bertujuan mencungkil bakat baharu petinju tempatan untuk diketengahkan pada temasya sukan serantau berkenaan.
"Daripada kejohanan ini, kita akan membuat penilaian bagi mengukur keupayaan petinju negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berharap petinju terbabit termasuk yang baharu dan senior menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk terpilih mewakili negara ke Sukan SEA Myanmar.
Petinju luar yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk dari Brunei, Hong Kong, Filipina, Qatar, Singapura dan Uzbekistan, tambahnya.
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Sukan SEA
#tinju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan