awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan bajet: Filipina tangguh Sukan Para ASEAN

Bernama
Bernama
20/12/2019
21:08 MYT
Kekurangan bajet: Filipina tangguh Sukan Para ASEAN
Presiden APSF Mejar Jeneral Osoth Bhavilai berkata PHILAPGOC atas nasihat PSC telah mencadangkan tarikh 20-28 Mac 2020 sebagai tarikh baharu Sukan Para Asean ke-10. - Gambar fail
Kekurangan bajet dan pengeluaran dana daripada Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asean Filipina (PHILAPGOC) telah tidak memberikan mereka pilihan lain, selain menangguhkan Sukan Para Asean 2020 ke-10, ke satu tarikh baharu.
Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) dalam satu kenyataan berkata PHILAPGOC atas nasihat PSC telah mencadangkan tarikh 20-28 Mac 2020 sebagai tarikh baharu Sukan Para Asean ke-10.
Sukan Para Asean ke-10 itu pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 24 Jan 2020.
"Kesemua Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) dan negara anggota Persekutuan itu telah dimaklumkan dan telah diminta untuk membuat penyesuaian berikutan perubahan tarikh Sukan itu.
"APSF memohon kefahaman daripada semua pihak termasuk NPC, atlet, pegawai, kontinjen dari negara terbabit, bagi memastikan Sukan itu akan dapat dijalankan dengan jayanya pada Mac 2020," kata Presiden APSF Mejar Jeneral Osoth Bhavilai dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengikut kenyataan itu, PHILAPGOC dalam suratnya kepada APSF telah menyatakan kesediaannya untuk menganjurkan Sukan itu pada Mac 2020.
Persekutuan itu akan terus memberikan bantuan kepada Jawatankuasa Penganjuran Tempatan (LOC) di kesemua kawasan, untuk memastikan Sukan itu berjalan dengan lancar dan jayanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan Sukan Para Asean 2020 di Filipina yang dijadualkan pada 18-14 Jan telah ditangguhkan kepada 20-28 Mac 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet
#Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asean Filipina
#PHILAPGOC
#PSC
#Sukan Para Asean 2020
#Suruhanjaya Sukan Filipina
#tangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan