awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia 2027: Cklamovski puji komitmen pemain Harimau Malaya

Bernama
Bernama
10/06/2025
23:10 MYT
Kelayakan Piala Asia 2027: Cklamovski puji komitmen pemain Harimau Malaya
Cklamovski berkata, kemenangan Harimau Malaya malam tadi membuktikan keberkesanan latihan yang dilalui anak buahnya dalam tempoh singkat menerusi persembahan cukup membanggakan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Komitmen ditunjukkan setiap pemain menjadi kunci kejayaan skuad Harimau Malaya menundukkan Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Pengendali pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski berkata kemenangan malam tadi juga membuktikan keberkesanan latihan yang dilalui anak buahnya dalam tempoh singkat menerusi persembahan cukup membanggakan.
"Pada separuh masa pertama, kita telah mencipta peluang terbaik manakala pada babak kedua pemain menunjukkan disiplin tinggi. Saya puji komitmen mereka dan mereka layak menang," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Bagaimanapun, beliau berharap anak buahnya tidak terlalui dibuai kejayaan malam tadi, dan perlu kekal fokus pada saingan Piala Asia kerana masih ada ruang untuk penambahbaikan menjelang perlawanan seterusnya.
Sementara itu, jurulatih Vietnam Kim Sang Sik mengakui kehebatan skuad Harimau Malaya kali ini namun yakin masih ada peluang untuk pasukan Naga Emas membalas dendam pada aksi timbal balik nanti.
"Malaysia semakin hebat pada perlawanan malam ini. Kami memang jangkakan prestasi mereka lebih baik daripada sebelumnya.
"Pada babak pertama, kami ada buat perancangan tapi kami hilang dua tunggak pertahanan pada separuh masa kedua yang memberi kesan di benteng depan," katanya.
Pada aksi di hadapan lebih 60,000 penonton malam tadi, Malaysia menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam dengan meledak empat gol tanpa balas hasil jaringan Joao Figueiredo pada minit ke-49, Rodrigo Holgado ('59), Corbin Ong ('67) dan Dion Cools ('89).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelayakan piala Asia
#harimau Malaya
#Vietnam
#skuad kebangsaan
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan