awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes doping Chong Wei: BAM tunggu maklum balas BWF

Bernama
Bernama
03/03/2015
09:12 MYT
Kes doping Chong Wei: BAM tunggu maklum balas BWF
Kes doping Chong Wei: BAM tunggu maklum balas BWF - Gambar fail
Tarikh bagi panel mendengar kes doping jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mungkin diketahui dalam minggu ini, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Cai.
Ng berkata badan induk sukan badminton itu masih menunggu maklum balas daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Peguam Mike Morgan di United Kingdom telah selesai 'persiapan akhir' berkenaan bukti bagi panel pendengaran itu. Beliau akan berhubung dengan pihak BWF tentang tarikh itu.
"Mungkin dalam minggu ini kita akan dapat maklumat tentang tarikh untuk panel pendengaraan itu nanti. Kami tak pasti di mana panel pendengaran itu akan dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.
Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lepas.
Topic Berkaitan
#BAM
#BWF
#doping
#Lee Chong Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan