awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilauan emas pertama Malaysia menerusi chinlone linking

Bernama
Bernama
16/08/2017
05:21 MYT
Kilauan emas pertama Malaysia menerusi chinlone linking
Skuad chinlone negara turun beraksi dalam tiga lagi kategori iaitu non-repetition primary, same stroke dan non-repetition event secondary. -- fotoBERNAMA
Malaysia meraih kilauan emas sulung menerusi acara chinlone linking yang turut menjadi pingat emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini.
Pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini, skuad chinlone negara yang diketuai Muhammad Faiz Roslan beraksi bak wira untuk menyambar emas dengan mengumpul 391 mata menewaskan Filipina yang mengutip 271 mata.
Malaysia mempamerkan aksi bertenaga sejak di pusingan awal dengan mengumpul 376 mata diikuti Filipina dengan 293 dan Brunei 157.
Ia membolehkan anak buah Mohd Yusoff Abdullah melayakkan diri bertemu Filipina di perlawanan akhir.
Bola Chinlone
Inilah bola chinlone yang digunakan oleh skuad chinlone linking negara. - Gambar Astro AWANI/ISRAR KHALID
Brunei mengutip pingat gangsa dalam pertandingan yang disertai tiga negara itu.
Selain Muhammad Faiz, pasukan chinlone yang mengharumkan nama negara hari ini turut dibarisi Mohammad Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman,Muhamad Asyraaf Abd Hadi, Izuan Afendi Azlan, Mohd Nazuha Mohd Nadzli dan Iskandar Zulkarnain Salim.
Permainan chinlone itu memerlukan kemahiran dan keseimbangan setiap pemain untuk menimang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori dan dimainkan seramai enam orang satu pasukan di dalam bulatan.
Kiraan matanya pula menerusi setiap timangan sempurna yang dilakukan oleh setiap pemain dalam masa 10 minit.
Skuad chinlone negara turun beraksi dalam tiga lagi kategori iaitu non-repetition primary, same stroke dan 'non-repetition event secondary'. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkit Bersama
#chinlone
#Kita Juara
#KL2017
#SEA GAMES 2017
#Stadium Tertutup Titiwangsa
#Sukan SEA 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan