awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan

Bernama
Bernama
13/07/2016
07:50 MYT
Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan
Kim Swee (gambar) menegaskan pemilihan pemain baharu akan dilakukan menerusi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia, musim ini. -Gambar fail
Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee akur dengan keputusan dua tonggaknya, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang mengumumkan persaraan daripada skuad bola sepak kebangsaan.
Mengakui terkejut dengan pengumuman Safiq yang juga ketua pasukan negara serta tonggak pertahanan, Aidil Zafuan, Kim Swee bagaimanapun yakin mereka telah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan tersebut.
"Bagi saya, ia satu kerugian tetapi jika benar ini keputusan mereka, kita harus menghormatinya kerana sudah pasti mereka berdua telah pun berbincang dengan keluarga masing-masing sebelum membuat keputusan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.
Pada masa sama, Kim Swee menjelaskan beliau perlu mencari pengganti yang sesuai bagi menggalas tugas skuad Harimau Malaysia pada masa akan datang, sambil menegaskan pemilihan pemain baharu akan dilakukan menerusi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia, musim ini.
"Bagaimanapun, jika keadaan berubah dan mereka menukar fikiran untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang, sudah tentu kita akan menilai semula kedudukan mereka berdasarkan prestasi semasa ketika itu," tegas Kim Swee.
Kedua-dua pemain yang mewakili pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu membuat pengumuman menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers semalam.
Aidil Zafuan, 28, dari Seremban yang membuat 68 penampilan bersama skuad negara memuat naik kenyataannya terlebih dahulu sebelum Safiq, 29, mengambil tindakan sama kira-kira sejam selepas itu.
Safiq, penjaring terbanyak Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2014, membuat 66 penampilan bersama Harimau Malaysia sejak 2007.
Kedua-dua pemain itu berkata mereka mengambil keputusan tersebut bagi memberi laluan kepada pemain muda.
Topic Berkaitan
#Aidil Zafuan Abdul Radzak
#Harimau Malaysia
#Ong Kim Swee
#Safiq Rahim
#skuad bola sepak kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan