awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Swee puji aksi Khair Jones

Astro Arena
Astro Arena
07/06/2016
05:31 MYT
Kim Swee puji aksi Khair Jones
Khair mengakui ia merupakan satu motivasi yang penting buat dirinya selepas menyumbat jaringan pertama buat negara. - Foto Bernama
PENGENDALI kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, memuji kelibat Khair Jones pada aksi berdepan Timor Leste apabila pemain kacukan Malaysia-Wales itu meraih gol pertama.
Ketika menewaskan Timor Leste 3-0 pada aksi play-off Piala Asia kedua pada Isnin, Khair yang juga pemain Melaka United itu berjaya menempah nama selepas menjaringkan gol sulungnya bersama Malaysia.
Dalam aksi Liga Perdana, Khair atau nama penuhnya Khair Muhammad Jefri Jones beraksi selaku pertahanan tengah bersama Melaka. Musim ini, Khair juga berupaya mengisi posisi sayap kiri dengan baik.
“Khair merupakan pemain bek kiri dan pertahanan tengah ketika beraksi bersama Melaka, saya meletakkan kepercayaan kepada Khair di bahagian sayap kiri dan dia berjaya menjaringkan gol,” kata Kim Swee.
Khair yang dibesarkan di New Zealand mengakui ia merupakan satu motivasi yang penting buat dirinya selepas merakam jaringan pertama buat negara.
Namun, Khair sedar masih banyak yang perlu dipelajarinya untuk beraksi di pentas antarabangsa.
“Ketika bermain di New Zealand, saya beraksi dalam tiga posisi yang berbeza, saya masih lagi mencari posisi terbaik saya dan saya akan kembali menjalani latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan saya,” katanya.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#berita sukan
#jaringkan gol
#Khair Jones
#Ong Kim Swee
#Timor Leste
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan