awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kita setakat bercakap saja'- TMJ

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2025
05:30 MYT
'Kita setakat bercakap saja'- TMJ
Pemangku Sultan Johor bertitah bahawa mentaliti sesetengah pihak masih mundur, terutamanya dalam soal penerimaan terhadap kepakaran luar negara.
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa terhadap mentaliti segelintir pihak yang dilihat masih ketinggalan dalam usaha membangunkan sukan bola sepak tanah air.

Ringkasan AI
  • Tunku Mahkota Johor (TMJ) kecewa dengan sikap segelintir pihak yang masih berfikiran kolot dan tidak terbuka terhadap penggunaan kepakaran luar dalam pembangunan bola sepak negara.
  • Baginda membandingkan kemajuan bola sepak negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam yang lebih ke hadapan kerana mereka menaik taraf fasiliti dan menerima kepakaran luar.
  • Terdapat kritikan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana terlalu bergantung kepada tenaga luar dan pemain warisan, yang dilihat sebagai usaha mengejar kejayaan segera dan mengabaikan bakat tempatan.

Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor bertitah bahawa mentaliti sesetengah pihak masih mundur, terutamanya dalam soal penerimaan terhadap kepakaran luar negara, termasuk pemain warisan yang kini digunakan skuad kebangsaan, Harimau Malaya.
“Semua bercakap macam kita ni juara Piala Dunia. Nak perubahan tetapi mentaliti masih zaman purba,” titah baginda menerusi satu hantaran di laman sosial X.
Tunku Mahkota Ismail turut membandingkan kemajuan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam dalam pembangunan bola sepak masing-masing.
“Indonesia, Thailand, Vietnam dah jauh. Semua naik taraf fasiliti bola dan ambil kepakaran luar negara. Kita setakat bercakap saja,” titah baginda lagi.
Sebelum ini, legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, menyuarakan rasa kurang senang terhadap pendekatan yang digunakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang melantik ramai tenaga kepakaran dari luar sehingga seolah-olah mengenepikan bakat tempatan.
Beliau juga mengkritik pengambilan ramai pemain warisan dalam skuad Harimau Malaya yang dilihat sebagai langkah mengejar kejayaan segera.
Ketika ini, skuad kebangsaan sedang berada dalam fasa revolusi dalam usaha untuk meletakkan nama Malaysia setanding pasukan bola sepak lain di peringkat serantau dan antarabangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#TMJ
#bola sepak malaysia
#JDT
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan