awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klopp: Tiga mata lebih penting daripada aksi hambar

Astro Arena
Astro Arena
20/12/2016
03:04 MYT
Klopp: Tiga mata lebih penting daripada aksi hambar
Jurgen Klopp, berbaju hitam, meraikan kemenangan tipis 1-0 pasukannya ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Isnin. - Foto AFP / Oli SCARFF
JURGEN Klopp memberitahu beliau lebih daripada gembira di atas kemenangan tipis 1-0 Liverpool ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
The Reds dilihat hampir kehilangan mata kepada pendahulu liga, Chelsea menjelang masa kecederaan, Sadio Mane muncul wira untuk memastikan mereka pulang ke Anfield dengan tiga mata penuh selepas menampan masuk percubaan Daniel Sturridge yang terkena tiang gol.
Klopp memberitahu pertembungan 'Merseyside derby' bukan yang terbaik, tetapi berasakan skuad kendaliannya berhak memenangi perlawanan ini.
"Kami sangat gembira dan berhak memenangi perlawanan yang sukar ini," kata Klopp kepada Sky Sports.
"Perkara yang terbaik dalam perlawanan sebegini adalah melihat penyokong-penyokong kami gembira.
"Everton cuba menrencanakan aksi yang agresif. Mereka cuba merampas bola dan menggagal permainan kami, jadi ia menyukarkan kami untuk beraksi.
"Di separuh masa kedua, kami mampu menjaringkan gol lebih awal tetapi kami gagal melakukannya.
"Kami memerlukkan pemain yang mampu melepaskan rembatan seperti yang dilakukan oleh Sturridge. Jika anda memenangi perlawanan kerana bermain dengan bijak, anda tidak akan memenangi banyak perlawanan. Ia merupakan satu peperangan dan kami bersedia untuk mengharunginya."
Topic Berkaitan
#Everton
#jurgen klopp
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan