awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KUFC tidak bawa masuk pemain 'bintang', elak bergelut masalah hutang

Bernama
Bernama
23/06/2022
08:22 MYT
KUFC tidak bawa masuk pemain 'bintang', elak bergelut masalah hutang
"Saya yakin dalam usaha kita memperkuat pasukan adalah penting juga, untuk kita menghargai dan menjaga bakat pemain sedia ada," kata Syamsul.
KOTA BHARU: Kelantan United (KUFC) mengambil pendekatan berbeza pada jendela perpindahan sebelum pusingan kedua saingan Liga Premier musim ini, apabila tidak membuat sebarang rombakan terhadap kesebelasan utama pasukan.
Ketua jurulatih KUFC Syamsul Saad berkata langkah mempertaruh barisan pemain sedia ada juga diambil, kerana tidak mahu bergelut dengan masalah hutang sekiranya membawa masuk pemain bertaraf 'bintang' menyertai pasukan.
"Saya sedar majoriti pasukan lain membuat rombakan, tetapi saya yakin dalam usaha kita memperkuat pasukan adalah penting juga, untuk kita menghargai dan menjaga bakat pemain sedia ada.
"Kita sedar kemampuan kewangan pasukan dan cuba untuk belanja sekadar yang mampu, bagi mengelak bergelut untuk membayar gaji di kemudian hari," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2022 bermula dari 28 Mei hingga 24 Jun.
Selepas sembilan perlawanan pusingan pertama Liga Premier, KUFC berada pada kedudukan kelima liga apabila mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.
Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Perak itu berkata biarpun tidak dibarisi pemain 'bintang', pasukan itu tetap menetapkan sasaran untuk layak ke Liga Super musim depan.
"Misi kami pada pusingan kedua nanti tetap sama, biarpun tanpa pemain 'bintang' kita akan berikan peluang kepada anak negeri yang tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan utama Liga Premier dan Liga Super, untuk beraksi dengan KUFC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KUFC
#pemain pasukan
#Kelantan
#Syamsul Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan