awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Barcelona bangkit kekalkan rekod tanpa kalah

Astro Arena
Astro Arena
26/09/2025
03:00 MYT
LaLiga: Barcelona bangkit kekalkan rekod tanpa kalah
Aksi pemain Barcelona Pedri dan Alberto Reina ketika perlawanan LaLiga antara Real Oviedo dan Barcelona FC di Estadio Carlos Tartiere, Oviedo, Sepanyol, 25 Sept 2025. REUTERS
BARCELONA bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Oviedo 3-1 di Estadio Carlos Tartiere awal pagi tadi, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah setakat enam perlawanan LaLiga musim ini.
Kesilapan penjaga gol Barca, Joan Garcia, mengundang padah apabila Alberto Reina bijak menghidu kedudukannya sebelum menghasilkan gol lambungan jarak jauh untuk memberikan tuan rumah jaringan pendahuluan pada minit ke-33.
Barca, bagaimanapun, kemudian menghasilkan tiga gol dalam separuh masa pertama, bermula dengan tolakan mudah Eric Garcia untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-56, disusuli tandukan gemilang Robert Lewandowski, yang meletakkan pelawat di depan pada minit ke-70.
Usaha Oviedo untuk kembali menyamakan kedudukan menemui jalan buntu sebaik Ronald Araujo menanduk masuk gol ketiga Catalans menuju ke penghujung permainan.
Dengan kemenangan itu, Barca mengekalkan kedudukan di tangga kedua LaLiga dengan 16 mata selepas enam perlawanan dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Real Madrid.
Topic Berkaitan
#barcelona
#LaLiga
#Real Oviedo
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan