awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Carlo Ancelotti optimis misi Real Madrid buru kejuaraan semakin hampir

Astro Arena
Astro Arena
03/01/2025
04:50 MYT
LaLiga: Carlo Ancelotti optimis misi Real Madrid buru kejuaraan semakin hampir
Ancelotti turut mengharapkan Barca kembali membuat kemunculan semula selepas kehilangan momentum. - Gambar fail AP
PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti, menjelaskan dia tidak percaya bakal ada pemenang LaLiga seperti musim lalu yang merangkul trofi saingan liga dengan kelebihan 10 mata seperti yang dilakukan oleh pasukannya musim lalu.
Ini susulan pencabar terdekat, Barcelona, telah mendahului sejak Ogos lalu, walaupun hanya melakar satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga hingga menyebabkan Blaugrana tergelincir ke kedudukan ketiga liga, selain jurang jumlah mata - tiga kelompok pasukan teratas - juga tidak jauh berbeza.
Sementara itu, pasukannya yang merupakan juara bertahan LaLiga sedang mengekori rapat dengan hanya jurang satu mata berbeza dengan Atletico Madrid (41), dengan Madrid telah mengumpul 40 mata daripada 18 perlawanan.
"Tahap daya saingan dalam LaLiga pasti akan kurang dalam aspek pengumpulan mata untuk merangkul kejuaraan.
"Hakikatnya adalah Atletico turut mengejar kejuaraan dan saya fikir ia akan mengambil kurang daripada 90 mata untuk bergelar juara." katanya kepada pemberita.
@KMbappe#RMCity pic.twitter.com/l3P5wRR9y2
— Real Madrid C.F. (@realmadriden) January 2, 2025
Jurulatih berusia 65 tahun itu turut mengharapkan Barca kembali membuat kemunculan semula selepas kehilangan momentum.
"Anda mengalami kemerosotan dan kemudiannya akan menjadi kompetitif seperti sebelum ini semula. Barcelona dan Atletico mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan kami." tambahnya.
@Camavinga, Cama!#RealMadridSevillaFC | #LALIGAEASPORTS | #LALIGAHighlights pic.twitter.com/Kr1a91nInW
— LALIGA (@LaLiga) January 1, 2025
Untuk rekod, bekas pemain Itali itu telah memacu Real Madrid memenanggi dua kejuaraan liga sejak kembali ke pasukan itu pada 2021.
Real Madrid merangkul gelaran saingan LaLiga musim 2023/24 dengan 95 mata secara keseluruhan -perbezaan jurang 10 mata- berbeza dengan pencabar terdekat, Barcelona, yang memperoleh 85 mata.
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Carlo Ancelotti
#LaLiga
#barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan