awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Chong Wei gembira dengan pembelaannya di BWF

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2015
09:11 MYT
Lee Chong Wei gembira dengan pembelaannya di BWF
Khairy menyatakan,buat masa ini tiada apa yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan tunggu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Pemain badminton nombor satu Malaysia, Datuk Lee Chong Wei buat masa ini menyatakan rasa gembira dan berpuas hati dengan pembelaan kes pembicaraannya berkaitan penggunan dadah terlarang di Persekutuan Badminton Dunia yang berlaku semalam.
Menurut Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Lee Chong Wei ada menghubungi dirinya sebanyak dua kali pada semalam(Sabtu) iaitu ketika sebelum pembicaraan dan selepas pembicaraan untuk memberitahu tentang proses pembicaraan berkenaan.
“Saya sempat berbual dengan Lee Chong Wei semalam. Pertamanya sebelum perbicaraan itu bermula dan kedua selepas saja perbicaraan itu tamat.
"Beliau telah telefon saya dan beliau telah maklumkan kepada saya bahawa dalam perbicaraan yang berlangsung beberapa jam, pihak Chong Wei dan peguambelanya telah kemukakan semua hujah-hujah pembelaaan.
"Dan panel disiplin BWF (Badminton World Federation) telah memberi peluang kepada peguambela Lee Chong Wei untuk menyampaikan semua hujah pembelaan.
“Dari segi proses dia, dan dari segi peluang untuk memberi penjelasan daripada peguam dan juga Chong Wei telah pun diberi sepenuhnya..dan Chong Wei rasa puashati dengan proses perbicaraan proses tersebut”.
Khairy turut menyatakan, buat masa ini tiada apa yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan tunggu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Beliau yang memihak diri Chong Wei berkata pihak kerajaan Malaysia terutamanya kementerian belia dan sukan sendiri telah melakukan yang terbaik untuk membantu Chong Wei sebaiknya.
Pada ketika ini Khairy enggan mendedahkan apa apa perkara berkaitan kes tersebut dan yakin pasukan pembela Lee Chong Wei yang diketuai oleh Mike Morgan akan melakukan kerja sehabis baik.
Topic Berkaitan
#doping
#Khairy Jamaluddin
#Lee Chong Wei
#Mike Morgan
#pendengaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan