awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda kriket Warne alami sakit dada sebelum ditemukan meninggal dunia - Polis Thailand

Bernama
Bernama
06/03/2022
03:03 MYT
Legenda kriket Warne alami sakit dada sebelum ditemukan meninggal dunia - Polis Thailand
Pada petang Jumaat, Warne ditemukan tidak sedarkan diri di dalam biliknya oleh seorang daripada tiga rakannya. - Foto Istagram/Shane Warne
BANGKOK: Legenda kriket Australia Shane Warne yang meninggal dunia ketika bercuti di pulau Koh Samui didapati mengalami sakit dada sebelum kematiannya, kata polis Thailand.
Warne, 52, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam biliknya di sebuah vila di Bo Phut pada petang Jumaat.
Ketua polis Bo Phut Pol Kol Yutthana Sirisombat dalam satu sidang akhbar pada Sabtu berkata Warne mempunyai sejarah penyakit asma.
Terdahulu, polis menolak terdapat perbuatan khianat berhubung kematian Warne dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Surat Thani untuk mengesahkan punca kematian.
Ketua Polis Surat Thani, Mejar Jeneral Sathit Pholphinit berkata penyiasat telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar vila dan mendapati tiada yang luar biasa berlaku.
"Tiada kesan lebam pada badannya dan tiada kesan bilik dipecah masuk atau digeledah," katanya.
Pada petang Jumaat, Warne ditemukan tidak sedarkan diri di dalam biliknya oleh seorang daripada tiga rakannya.
Pihak pengurusan memaklumkan Warne meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shane Warne
#meninggal dunia
#polis thailand
#legenda kriket Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan