awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga besbol di Korea Selatan dibuka semua bermula Ahad

Agensi
Agensi
26/07/2020
12:30 MYT
Liga besbol di Korea Selatan dibuka semua bermula Ahad
Mereka juga diarahkan memakai pelitup muka, dilarang makan atau minum minuman keras dan tidak digalakkan untuk menjerit, bersorak berlebihan selama perlawanan berlangsung. - Gambar AP
Kejohanan besbol di Korea Selatan dibuka semula bermula Ahad dengan pihak berkuasa menggariskan beberapa prosedur untuk membenarkan semula kehadiran penonton di stadium.
Pasukan besbol dan bola sepak juga kini dibenarkan menjual 10 peratus tiket tempat duduk di stadium mereka untuk setiap perlawanan.
Berdasarkan panduan disediakan pihak berkuasa, suhu badan peminat perlu diperiksa sebelum memasuki stadium dan menjaga jarak semasa perlawanan berlangsung.
Mereka juga diarahkan memakai pelitup muka, dilarang makan atau minum minuman keras dan tidak digalakkan untuk menjerit, bersorak berlebihan selama perlawanan berlangsung.
Pegawai di stadium juga mendaftarkan peminat dengan kod QR menggunakan telefon pintar supaya mereka mudah dikesan sekiranya diperlukan.
Liga besbol dan bola sepak Korea Selatan kembali beraksi pada bulan Mei tanpa peminat di gelanggang.
Tempat duduk ditutup dengan sepanduk, patung atau gambar peminat yang mengeluarkan bunyi bersorak ketika pasukan cuba meniru suasana yang meriah dalam stadium.
Topic Berkaitan
#besbol
#bola sepak
#kod QR
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#suhu badan
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan