awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Argzim Redzovic tetap sabar tunggu impian bergelar pemain naturalisasi

Astro Arena
Astro Arena
09/03/2023
14:47 MYT
Liga Super: Argzim Redzovic tetap sabar tunggu impian bergelar pemain naturalisasi
Argzim Redzovic berkata, dia tetap positif untuk menghadapi proses berkenaan asalkan impiannya untuk mewakili Harimau Malaya tercapai. - Foto stadiumastro
KUALA LUMPUR: Pertahanan Terengganu FC, Argzim Redzovic, tetap bersabar menunggu impiannya untuk bergelar pemain naturalisasi negara terlaksana.
Ini selepas hasratnya untuk didaftarkan dalam jendela perpindahan pertama musim ini sebagai pemain tempatan tidak kesampaian - dilaporkan atas masalah dokumentasi.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain kelahiran Montenegro berusia 31 tahun itu berkata dia tetap positif untuk menghadapi proses berkenaan asalkan impiannya untuk mewakili Harimau Malaya tercapai.
"Sejujurnya, saya tidak tahu apa untuk dikatakan. Saya dapat maklumat bahawa saya dan Romel (Morales) akan dinaturalisasikan dalam jendela perpindahan kedua," katanya dengan Bahasa Melayu yang agak fasih.
"Jadi, ia dalam proses tetapi Terengganu telah melakukan yang terbaik untuk melakukannya kerana ia akan menjadi sesuatu yang bagus untuk pasukan kami kerana kami juga ada Liridon, macam ada tujuh pemain import (bermain serentak).
"Saya masih menunggu, Insya-Allah saya akan dapat dinaturalisasikan dalam jendela kedua tetapi saya tidak dapat menjanjikannya.
"Untuk pemain pertahanan, lebih tua lebih berpengalamanlah, tahu bagaimana untuk menjaga tubuh sendiri dan pemakanan, saya sudah ada pengalaman di Malaysia sepanjang enam tahun ini, tiada masalah.
"Saya hanya perlu meningkatkan prestasi saya di atas padang dan jika ada rezeki untuk bermain, saya perlu membuktikan kemampuan saya untuk kembali seperti dulu," katanya.
Sebagai rekod, Malaysia kini memiliki tujuh orang pemain naturalisasi, iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi, Lee Tuck, Sergio Aguero, Endrick dos Santos dan Paulo Josue.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Liga Super
#terengganu
#Argzim Redzovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan