awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: JDT pamer kejagoan di laman Selangor FC

Astro Arena
Astro Arena
17/03/2023
15:40 MYT
Liga Super: JDT pamer kejagoan di laman Selangor FC
Selangor menjadi mangsa terbaru juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang berpesta gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). - Foto Facebook Johor Southern Tigers
SELANGOR menjadi mangsa terbaru juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang berpesta gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Dengan kedua-dua kelab membina reputasi tersendiri sejak awal musim ini tetapi Harimau Selatan memberi bayangan bahawa mereka sudah bersedia untuk ditabalkan kejuaraan berturut-turut dengan menewaskan Gergasi Merah 4-0, sebentar tadi.
Dengan peluang seimbang kedua-dua pasukan dihasilkan dalam babak pertama yang menyaksikan JDT sebagaimana lazimnya menguasai bola, manakala tuan rumah mengintai kesempatan melalui serangan balas termasuk rembatan tepat Faisal Halim ke dakapan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Namun, JDT tampil dengan karakter permainan yang lebih kemas untuk menjelmakan mimpi ngeri kepada barisan Tan Cheng Hoe yang bermula pada minit ke-55 hasil ledakan Juan Muniz.
11 minit kemudian, giliran Diogo Santo mencetak nama selaku penjaring melalui ilham gerakan Fernando Forestieri.
Dan penggempur Itali itu membuktikan kualiti sentuhan berbisanya dengan gol berganda pada minit ke-77 dan 82 bagi menghadiahkan kekalahan pertama Selangor, seterusnya meneruskan rentak tanpa kalah di kandang lawan sejak 2017.
Topic Berkaitan
#Liga Super
#JDT
#Johor
#Selangor FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan