awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh

Bernama
Bernama
27/05/2024
07:30 MYT
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
Johan Kamal berkata, pengurusan Selangor FC mahu menarik minat penyokong untuk menyaksikan setiap perlawanan musim ini. - Gambar fail
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meskipun kapasiti stadium itu berkurangan selepas dinaik taraf sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Johan Kamal Hamidon berkata, hal itu kerana pengurusan Selangor FC mahu menarik minat penyokong untuk menyaksikan setiap perlawanan musim ini, sekali gus memastikan gelanggang skuad Gergasi Merah itu 'full house’ bagi setiap aksi.
"Kita sememangnya maklum dengan pengurangan kapasiti stadium dan kita tetapkan harga (tiket) yang sama (seperti musim lepas), kita cuba dapatkan kehadiran penuh ke stadium untuk setiap perlawanan.
"Tahun lepas purata (kehadiran) setiap perlawanan kita dalam 7,000 hingga 8,000, jadi sasaran kami untuk penuhkan stadium dengan kehadiran 10,000 hingga 11,000 (setiap perlawanan), peningkatan dalam 30 peratus,” katanya selepas aksi Liga Super 2024/2025 di stadium berkenaan malam tadi.
Beliau berkata, pihak pengurusan Selangor FC optimis pendapatan pasukan itu mampu dijana menerusi penjualan makanan dan aktiviti pengaktifan jenama daripada penaja dan sokongan penaja.
Selangor FC menetapkan harga tiketnya mengikut pengelasan Tier 1 dan Tier 2 selain berdasarkan reputasi kelab yang datang bertandang selain taraf kejohanan yang dihadapi.
Harga tiket bagi Tier 1 ialah RM5 (kanak-kanak), RM25 (terbuka) dan RM30 (Grandstand) manakala Tier 2 berharga RM5 (kanak-kanak), RM20 (terbuka) dan RM25 (Grandstand).
Stadium MBPJ telah dinaik taraf pada Disember lepas sebagai persiapan selepas Selangor FC meraih slot ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2024-2025 dan projek menaik taraf itu menyebabkan kapasiti stadium terbabit berkurang daripada 25,000 kepada 10,661 tempat duduk. - Bernama
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Selangor FC
#harga tiket
#Johan Kamal Hamidon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan