awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/05/2024
00:37 MYT
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Semua penyokong dialu-alukan menyertai majlis doa selamat dan solat hajat sebelum perlawanan malam ini, yang dianjurkan bagi memohon keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan untuk semua pemain. - Facebook TFC
KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengadakan solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan semua pemain Terengganu FC (TFC) serta tonggak Selangor FC, Faisal Halim hari ini.
Presidennya Hishamuddin Abdul Karim berkata, majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam sebelum aksi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC dan Perak FC.
Justeru, para penyokong kedua-dua pasukan dialu-alukan untuk menyertai majlis tersebut.
"Majlis doa selamat dan solat hajat yang dianjurkan ini bagi mohon keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan untuk semua pemain.
"Jadi, kita alu-alukan semua penyokong, tidak kira mereka yang penyokong pasukan TFC atau Perak, sama-sama menyertainya.
“Ini juga antara usaha kita untuk memberi kekuatan khususnya kepada pemain sayap pasukan TFC Akhyar Rashid dan Faisal yang pernah menyarung jersi skuad penyu sebelum ini," katanya ketika dihubungi.
Baru-baru ini, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden yang menimpa Faisal yang cedera disimbah asid di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor pada 5 Mei.
Insiden malang itu adalah yang kedua menimpa pemain negara selepas pemain sayap TFC Akhyar cedera akibat dipukul dan disamun dalan kejadian di sini pada 2 Mei.
Pada Selasa pemain Johor Darul Takzim, Safiq Rahim pula diserang di Johor Bahru oleh dua lelaki menaiki motosikal yang bertindak memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi.
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Akhyar Rashid
#doa selamat dan solat hajat
#Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan