awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima bintang untuk BAM - PJS

Bernama
Bernama
03/03/2022
23:02 MYT
Lima bintang untuk BAM - PJS
Penilaian membuktikan PJS mengiktiraf pendekatan BAM dalam isu urus tadbir serta pembangunan sukan daripada peringkat remaja hingga ke peringkat tertinggi. - Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diberi penarafan lima bintang bagi tahun 2021 oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Penarafan itu diberikan dalam satu surat ditandatangani Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof bertarikh 22 Feb lepas yang diutuskan kepada BAM.
"Syabas serta tahniah atas pencapaian tersebut dan diharapkan Persatuan Badminton Malaysia terus mengekalkan kecemerlangan tadbir urus pada masa akan datang selaras dengan Akta 576," kata Ibrahim.
Dalam pada itu, Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika dihubungi Bernama memaklumkan penilaian diberikan kepada BAM membuktikan PJS mengiktiraf pendekatan persatuan itu dalam isu urus tadbir serta pembangunan sukan daripada peringkat remaja hingga ke peringkat tertinggi.
Mohamad Norza berkata pencapaian itu sudah semestinya menyuntik motivasi kepada BAM untuk terus memperkasakan urus tadbir, proses kewangan dan aspek lain seterusnya memastikan mereka kekal sebagai salah sebuah persatuan sukan terbaik di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#lima bintang
#PJS
#Mohamad Norza Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan