awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lingard puji semangat juang United

Astro Arena
Astro Arena
27/12/2017
01:18 MYT
Lingard puji semangat juang United
Lingard tampil daripada bangku simpanan untuk mencuri satu mata buat pasukannya. - AP
JESSE LINGARD memuji semangat perjuangan Manchester United selepas mereka bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk meraih keputusan seri 2-2 menentang Burnley dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, lewat malam tadi.
Pemain antarabangsa England itu digugurkan dalam kesebelasan utama ketika United seri 2-2 dengan Leicester City minggu lalu, tetapi tampil daripada bangku simpanan untuk mencuri satu mata buat pasukannya.
United ketinggalan 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Ashley Barnes dan Steven Defour sebelum Lingard melakukan penyudah daripada hantaran lintang Ashley Young pada masa kecederaan.
Keputusan itu bermakna pemimpin Liga Perdana, Manchester City, boleh menjarakkan diri 15 mata di puncak liga jika mereka mengalahkan Newcastle United pada awal pagi esok.
"Jika kami bermain lima atau 10 minit lagi, kami akan memenangi perlawanan ini," katanya kepada MUTV.
"Tidak pernah berputus asa. Kami tahu kami mempunyai masa 45 minit lagi untuk bermain, jadi kami harus bersabar, dan akhirnya kami meraih dua gol daripada peluang yang kami hasilkan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Burnley
#EPL
#jesse lingard
#Leicester City
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Old Trafford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan