awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lionel Messi kini ejen bebas

Astro Arena
Astro Arena
01/07/2021
05:59 MYT
Lionel Messi kini ejen bebas
Messi menyatakan hasrat untuk meninggalkan Barcelona musim lalu, dengan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kelab di dalam dan di luar lapangan. - Reuters
PEMENANG Ballon d'Or enam kali, Lionel Messi, secara rasmi menjadi ejen bebas dengan kontraknya di Barcelona berakhir tetapi pasukan Catalan itu menegaskan bahawa mereka sedang dalam proses mengesahkan perjanjian baharu.
Kontrak pemain kebangsaan Argentina itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Presiden Barcelona FC, Joan Laporta, mengakui keadaan itu tidak ideal tetapi berkata rundingan masih berjalan.
"Kami melakukan sebaik mungkin tetapi anda harus memasukkan tawaran yang bersifat 'financial fair-play'," kata Laporta kepada wartawan semalam.
"Kami mahu kekal dan kami sangat bersemangat untuk dia terus bersama pasukan. Saya berharap saya dapat memberitahu anda bahawa Leo akan kekal tetapi saya belum dapat mengatakannya. Kami sedang dalam proses mencari jalan penyelesaian."
Messi menyatakan hasrat untuk meninggalkan Barcelona musim lalu, dengan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kelab di dalam dan di luar lapangan.
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#pemain
#ejen bebas
#bola sepak
#barcelona
#Camp Nou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan