awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool juara EPL: PM ucap tahniah buat 'The Reds'

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
26/06/2020
04:29 MYT
Liverpool juara EPL: PM ucap tahniah buat 'The Reds'
Ia merupakan suatu penantian yang bermakna buat seluruh penyokong The Reds selepas 30 tahun pasukan itu tanpa gelaran juara EPL. -Foto REUTERS/Phil Noble
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada semua penyokong setia pasukan Liverpool, The Reds selepas pasukan itu berjaya merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi ini.
Ucapan itu dimuat naik beliau menerusi satu ciapan di akaun rasmi Twitternya sebentar tadi.
Tahniah buat semua penyokong Liverpool FC di Malaysia pic.twitter.com/gWzIyf7cyP
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) June 26, 2020
“Tahniah buat semua penyokong Liverpool FC di Malaysia,” tulis Muhyiddin menerusi ciapan di Twitter.
Pada awal pagi Jumaat (waktu Malaysia), Liverpool disahkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ataupun Premier League apabila pesaing di tangga kedua, Manchester City tumpas kepada Chelsea dalam satu lagi perlawanan.
Ia merupakan suatu penantian yang bermakna buat seluruh penyokong The Reds selepas 30 tahun pasukan itu sepi tanpa gelaran juara EPL.
Kemenangan tersebut membuatkan ribuan penyokong Liverpool berkumpul di perkarangan Stadium Anfield bagi menyambut kejayaan pasukan itu menjuarai liga tersebut.
Bagaimanapun, susulan penularan pandemik COVID-19, tiada sambutan secara besar-besaran dibuat seperti sambutan kemenangan oleh kelab-kelab sebelum ini.
BACA: Lagu 'You'll Never Walk Alone' bergema di Anfield
BACA: Kejuaraan diraih Liverpool penuh gaya dan sejarah
Topic Berkaitan
#Chelsea
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#sukan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan