awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool sudah bersedia untuk 'pecutan terakhir', kata Milner

Astro Arena
Astro Arena
20/03/2017
01:28 MYT
Liverpool sudah bersedia untuk 'pecutan terakhir', kata Milner
MILNER: Kami sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik.
MANCHESTER CITY 1 LIVERPOOL 1
James Milner berkata Liverpool sudah bersedia untuk menghadapi 'pecutan terakhir' pada baki sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 1-1 dengan Manchester City.
Pemain berusia 31 tahun itu meledak gol ketujuh musim ini menerusi sepakan penalti selepas beraksi selama 51 minit di Stadium Etihad untuk memberikan kelebihan kepada Liverpool, namun Sergio Aguero menyamakan kedudukan 18 minit kemudian.
Keputusan itu menyaksikan Liverpool memiliki empat mata kelebihan ke atas penghuni tangga kelima Manchester United, Milner berpuas hati kerana berjaya meraih satu mata daripada perlawanan ini.
"Satu mata sudah memadai -- ia adalah satu keputusan yang positif berbanding tewas," katanya.
"Kami sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik pada baki sembilan perlawanan.
"Kedua-dua pasukan telah memberikan yang terbaik. Kedua-dua pasukan berpeluang untuk memenangi perlawanan ini."
Liverpool ketinggalan satu mata kepada penghuni tangga ketiga liga, City dengan satu mata, walaupun skuad kendalian Pep Guardiola masih memiliki kelebihan satu perlawanan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#EPL
#James Milner
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan