awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas serangan Iran di Haifa
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Petani
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luqman Hakim ledak gol pertama bersama Njardvik

Astro Arena
Astro Arena
21/04/2023
00:15 MYT
Luqman Hakim ledak gol pertama bersama Njardvik
Luqman Hakim menandatangani kontrak lima tahun bersama Kortrijk pada 20 September 2019 dan berhasil melakukan dua penampilan bersama skuad senior pasukan itu.
PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, membuka akaun jaringannya bersama Njardvik FC untuk membantu pasukan itu menewaskan KFA 4-1 dalam perlawanan pusingan 32 Piala Iceland lewat malam tadi.
Luqman Hakim melakukan penampilan pertamanya sebagai kesebelasan utama ketika menentang Augnablik dalam kejohanan sama pada 8 April lalu.
Pemain yang dipinjamkan daripada kelab Belgium, KV Kortrijk, itu kali ini masuk sebagai pemain gantian bagi melakukan penampilan keduanya sebelum meledakkan jaringan dalam waktu kecederaan.
Sebagai rekod, Luqman Hakim, 21, menandatangani kontrak lima tahun bersama Kortrijk pada 20 September 2019 dan berhasil melakukan dua penampilan bersama skuad senior pasukan itu.
Dia kemudian memilih untuk menyertai kelab liga divisyen dua Iceland, Njardvik, pada awal Februari lalu untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan di peringkat senior.
Topic Berkaitan
#Luqman Hakim Shamsudin
#Njardvik FC
#Piala Iceland
#KV Kortrijk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan