awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luqman Haziq muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3'

Bernama
Bernama
19/04/2021
15:29 MYT
Luqman Haziq muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3'
GBX.LuqmanHzq muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3' yang berakhir semalam. - Gambar/ Facebook GBX Esports Team
KUALA LUMPUR: Pemain e-sukan Muhammad Luqman Haziq Hajiman atau lebih dikenali sebagai GBX.LuqmanHzq, muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3' yang berakhir semalam.
Menerusi kejayaan itu, beliau mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara di carta FIFA Global Series, selain memberikan tiket untuknya bermain di FIFA Global Series East Asia Playoff, yang dijadualkan bulan Jun tahun ini.
Lebih manis, beliau menjuarainya tanpa sebarang kekalahan.
"Sasaran saya pada awalnya adalah sekurang-kurangnya mendapatkan tempat ketiga kerana ini memperbaiki kedudukan saya di carta FIFA Global Series. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan sokongan dari pasukan saya, saya mampu juarai kejohanan itu," katanya menerusi kenyataan daripada GBX ESport Team.
Perjalanan Luqman Haziq boleh dikatakan agak mencabar apabila undian menetapkan beliau bertemu pemain terbaik Asia Timur dari Indonesia Eggsy, dari pasukan RRQ di peringkat saringan, dan seterusnya bertemu pemain dari Singapura dan dua pemain dari Jepun.
Pada perlawanan akhir, GBX.LuqmanHzq berjaya menumpaskan lawannya dari Singapura Buzzinho 3-2 untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-sukan
#e-sports
#Muhammad Luqman Haziq Hajiman
#FIFA Global Series East Asia Qualifier 3
#menang
#Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan