awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Maafkan saya.. anda masih yang terhebat" - Uriah Hall sebak selepas tewaskan legenda MMA Anderson Silva

Haider Yutim
Haider Yutim
01/11/2020
02:54 MYT
"Maafkan saya.. anda masih yang terhebat" - Uriah Hall sebak selepas tewaskan legenda MMA Anderson Silva
Selepas pertarungan, Hall terus tunduk dan memeluk Silva sambil mengalirkan air mata akibat terlalu sebak. - Instagram/@UFC
PETARUNG middleweight UFC dari Amerika Syarikat, Uriah Hall menumpaskan legenda MMA dari Brazil, Anderson Silva dalam aksi UFC Fight Night: Hall vs Silva di Las Vegas, pada Ahad.
Hall, 36, menewaskan Silva menerusi TKO (technical knockout) pada minit 1:24 pusingan keempat.
Dalam pertarungan tersebut, kedua-dua atlet mempamerkan aksi 'stand-up' di sepanjang pertarungan.
Hall dilihat agak gementar dan berhati-hati pada pusingan pertama dan kedua, mungkin atas rasa hormatnya yang tinggi terhadap Silva.
Sementara Silva pula dilihat lebih tenang, sesuai dengan pengalaman 23 tahunnya dalam MMA.
Silva juga tampil lebih agresif pada awal-awal pusingan, berbanding Hall yang dilihat lebih banyak berundur dan melakukan ‘blocking’.
Namun pada pusingan ketiga, Hall melancarkan tumbukan padu dari tangan kanannya, sekali gus merebahkan Silva ke kanvas.
Ia hampir menumpaskan petarung berusia 45 tahun itu, tetapi berjaya diselamatkan oleh buzzer penamat pusingan.
Hall meneruskan momentumnya pada pusingan keempat, dengan sekali lagi menjatuhkan Silva, diikuti dengan beberapa lagi tumbukan.
Silva mempertahankan dirinya untuk seketika, namun serangan bertubi-tubi dari Hall memaksa pengadil, Herb Dean mencelah dan menghentikan perlawanan.
Hall menambah rekod profesionalnya kepada 17-9, sementara Silva yang mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya, bersara dengan rekod 34-11.
Selepas pertarungan, Hall terus tunduk dan memeluk Silva sambil mengalirkan air mata akibat terlalu sebak.
Hall juga meminta maaf kepada Silva dan berkata, “You’re still one of the greatest.. (anda masih yang terhebat).”
Silva merupakan bekas juara middleweight UFC dan antara petarung yang terhebat dalam sukan MMA.
Aktif dalam MMA sejak 1997, jaguh yang diberi jolokan nama ‘The Spider’ itu turut memegang rekod sebagai petarung yang paling lama memegang takhta kejuaraan iaitu selama 2,457 hari.
One last show of respect to close the evening. #UFCVegas12 pic.twitter.com/qZ4A1B5dQ5
— UFC (@ufc) November 1, 2020
Youre still one of the greatest. @UriahHallMMA in tears and respect after defeating living legend @SpiderAnderson #UFCVegas12 pic.twitter.com/aBwGSBTG9g
— Haider Yutim (@hyder_yutim) November 1, 2020
Topic Berkaitan
#Anderson Silva
#Uriah Hall
#UFC
#UFC Fight Night
#Hall vs Silva
#Herb Dean
#Dana White
#middleweight
#MMA
#Mixed Martial Arts
#legenda
#The Spider
#UFC Vegas 12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan