awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Timbang Tara Sukan CAS menolak rayuan kontinjen Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2014
16:15 MYT
Mahkamah Timbang Tara Sukan CAS menolak rayuan kontinjen Malaysia
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pingat emas yang dimenangi Tai Cheau Xuen ditarik balik menjadikan keseluruhan 4 pingat emas dimenangi Malaysia. -Gambar fail
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan kontinjen Malaysia terhadap isu doping membabitkan atlet wushu negara.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pingat emas yang dimenangi Tai Cheau Xuen ditarik balik menjadikan keseluruhan 4 pingat emas dimenangi Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.
Beliau menegaskan tindakan selanjutnya yang akan dilakukan kontinjen negara bergantung kepada alasan CAS berhubung penolakan itu.
Kontinjen negara hanya akan menerima makluman mengenai tindakan itu dengan alasan yang bakal diberikan oleh CAS.
Cheau Xuen didapati positif menggunakan bahan terlarang jenis Sibutramine selepas menang pingat emas dalam acara gabungan nanquan dan nandao wanita 20 September lalu.
Malaysia sebelum ini membuat bantahan yang mengatakan Cheau Xuen tidak bersalah dengan dakwaan berlakunya kelalaian dalam proses ujian sampel.
Lima atlet dilaporkan sudah pun gagal ujian doping di Sukan Asia dan disingkirkan.
Topic Berkaitan
#Incheon
#Sukan Asia
#Tai Cheau Xuen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan