awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dibelasah Afghanistan 7-0 di Piala Asia Futsal

Bernama
Bernama
30/01/2026
23:30 MYT
Malaysia dibelasah Afghanistan 7-0 di Piala Asia Futsal
Skuad futsal Harimau Malaya tewas 0-7 kepada Afghanistan pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia Futsal 2026 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, pada Jumaat. - Foto FAM
KUALA LUMPUR: Skuad futsal negara tewas 0-7 kepada Afghanistan pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia Futsal 2026 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, semalam.
Afghanistan mendahului 4-0 pada babak pertama menerusi jaringan Seyed Hossein Mousavi, Farzad Mahmoodi, Sayed Mojtaba Husseini dan Mohammad Moradi.
Babak kedua menyaksikan Reza Hossein Poor, Javed Safari dan Omid Qanbari menutup kemenangan besar pasukan lawan.
Kekalahan itu mengekalkan Malaysia di tangga tercorot tanpa mata, manakala Afghanistan kini mendahului kumpulan dengan enam mata, diikuti Iran yang turut mengumpul enam mata namun dipisahkan oleh perbezaan jaringan.
Skuad negara bimbingan Addie Azwan Zainal sebelum ini tewas 1-4 kepada Iran dan akan menamatkan saingan kumpulan menentang Arab Saudi, Ahad ini.
Untuk rekod, skuad futsal Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke dua edisi Piala Asia Futsal sebelum ini, iaitu di Kuwait pada 2022 dan Thailand pada 2024.
Dalam 12 penampilan sejak 1999, Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan dan masih belum pernah mara ke suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#futsal
#Afghanistan
#Piala Asia Futsal 2026
#Velodrom Antarabangsa Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan