awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mahu pastikan kemenangan menentang Myanmar

Bernama
Bernama
25/11/2016
08:18 MYT
Malaysia mahu pastikan kemenangan menentang Myanmar
BADDROL: Mahu semua pemain tampil garang.
"Ayuh bangkit berikan yang terbaik untuk kecewakan tuan rumah," kata tonggak tengah skuad Harimau Malaysia, Baddrol Bakhtiar.
Menyedari Malaysia memerlukan kemenangan untuk mara ke separuh akhir manakala Myanmar hanya perlukan seri, Baddrol mahu setiap rakan sepasukan tampil garang dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, di sini esok.
"Kami akan berjuang bermati-matian walaupun sedar akan diberi tekanan oleh ribuan penonton tempatan.
"Sasaran kami hanyalah kemenangan kerana itu yang diperlukan untuk mara ke peringkat seterusnya," kata pemain tengah berumur 28 tahun itu.
Bagi pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee, beliau percaya skuadnya mampu menangani tekanan daripada lawan yang mempunyai kepantasan ketika menyerang.
"Tekanan daripada penonton bukan baharu bagi pemain. Apa yang penting adalah untuk mereka kekal fokus melakukan apa yang diarahkan tanpa memikirkan soal penonton," katanya.
Kim Swee juga memaklumkan skuadnya masih cuba menyesuaikan diri beraksi dalam perlawanan sebelah malam selepas bermain dua perlawanan awal dalam keadaan panas terik waktu petang.
Sebagai rekod, Malaysia menewaskan Kemboja 3-2 dalam perlawanan pertama mereka pada 20 November lepas sebelum tewas 0-1 kepada juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi kedua, tiga hari lalu.
"Pemain masih belum cergas sepenuhnya selepas bermain dua perlawanan di bawah terik matahari yang bermula pukul 3 petang, dalam tempoh enam hari.
"Namun kami mempunyai proses pemulihan sendiri bagi memastikan pemain kekal cergas," kata Kim Swee.
Sementara itu, ketua jurulatih Myanmar, Gerd Zeise sedar peningkatan mendadak yang ditunjukkan skuad Harimau Malaysia selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di gelanggang sama pada 28 Mei lepas.
"Saya tertarik dengan apa yang ditunjukkan Malaysia ketika menentang Vietnam Rabu lepas dan saya jangkakan perlawanan esok adalah sengit kerana Malaysia memerlukan kemenangan untuk ke separuh akhir," kata jurulatih berasal dari Jerman itu.
Ketua pasukan Myanmar, Yan Aung Kyaw pula mahu memastikan pasukannya mencatat satu lagi kemenangan selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi kedua mereka dalam kumpulan itu pada Rabu lepas.
"Sudah tentu kami mahukan kemenangan di depan ribuan penyokong kami walaupun kami hanya perlukan seri untuk mara ke separuh akhir," kata pemain tengah yang mewakili kelab Yangon United FC.
Kedua-dua pasukan mengumpulkan tiga mata selepas dua perlawanan tetapi Myanmar mempunyai kelebihan berikutan kelebihan jaringan, sekali gus memaksa Malaysia mencari kemenangan untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir.
Satu lagi perlawanan Kumpulan B adalah antara Vietnam, yang telah mengesahkan tiket ke separuh akhir, dan Kemboja di Stadium Wunna Theikdi di Naypyitaw.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baddrol Bakhtiar
#bola sepak
#Harimau Malaysia
#Myanmar
#Piala AFF Suzuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan