awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sasar kerusi IPC - Megat D Shahriman

Bernama
Bernama
05/06/2025
13:00 MYT
Malaysia sasar kerusi IPC - Megat D Shahriman
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata usaha itu penting bagi memastikan Malaysia turut terlibat secara langsung dalam pembentukan dasar dan hala tuju pergerakan Paralimpik antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan penyertaan dalam Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang bakal bersidang di Seoul, Korea Selatan, September ini bagi memperkukuh peranan dalam pembangunan sukan para di peringkat global.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata usaha itu penting bagi memastikan Malaysia turut terlibat secara langsung dalam pembentukan dasar dan hala tuju pergerakan Paralimpik antarabangsa.
"Mungkin, insya-Allah saya sendiri akan bertanding untuk mengisi kekosongan jawatan dalam IPC. Buat masa ini, kita hanya memegang portfolio di peringkat Asia. Di IPC, kita belum ada wakil, tapi usaha sedang giat dijalankan.
"Dengan bantuan rakan strategik termasuk Korea Selatan, kita berharap dapat menembusi IPC dan membuka ruang penyertaan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Korea Selatan, Jung Jinowan di MPM, Kampung Pandan di sini, hari ini.
Mengulas pertemuan itu, Megat D Shahriman berkata ia bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala serta membuka jalan kepada pelaksanaan program pembangunan bersama antara kedua-dua negara.
Program berkenaan bakal menyaksikan pertukaran atlet antara Malaysia dan Korea Selatan bagi tujuan latihan serta pendedahan bertaraf antarabangsa.
Katanya banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pengurusan sukan paralimpik Korea Selatan, termasuk kemudahan, kepakaran kejurulatihan serta pengalaman bertaraf dunia.
"NPC Korea mendapat peruntukan hampir USD80 (kira-kira RM338) juta setahun daripada kerajaan mereka. Kita mungkin tidak mampu bersaing dari segi kewangan, tapi kita boleh bersaing menerusi kekuatan sukan kita sendiri.
"Namun, kita tetap perlu belajar daripada mereka yang mempunyai fasiliti dan jurulatih bertaraf antarabangsa serta bertauliah," katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan atlet para negara perlu diberikan perhatian setimpal susulan pencapaian cemerlang di peringkat antarabangsa.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan pengarah baharu sukan para di Majlis Sukan Negara (MSN), dan saya yakin hala tuju yang dibawa kini selari dengan aspirasi MPM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Megat D Shahriman Zaharudin
#IPC
#Majlis Paralimpik Malaysia
#kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan