awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Super 100: Masuk percuma, masa untuk sokong pemain pelapis - BAM

Bernama
Bernama
08/10/2024
08:20 MYT
Malaysia Super 100: Masuk percuma, masa untuk sokong pemain pelapis - BAM
Kenny berkata kejohanan ini penting buat pemain pelapis membuktikan kebolehan mereka dan mengumpul mata sebanyak mungkin untuk memperbaiki ranking dunia. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap kemasukan percuma ke Malaysia Super 100 2024 minggu depan akan merangsang pencinta sukan badminton untuk memenuhi Stadium Juara, Bukit Kiara dan memberikan sokongan padu kepada pemain pelapis negara.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata kejohanan ini penting buat pemain pelapis membuktikan kebolehan mereka dan mengumpul mata sebanyak mungkin untuk memperbaiki ranking dunia.
"Ini kali kedua kami anjur kejohanan sebegini dan persiapan memang mengikut masa. Kita telah buat keputusan untuk tidak menjual tiket dan masuk adalah percuma untuk galakkan seberapa ramai penyokong hadir menyaksikan pemain kita," katanya menerusi audio yang dikongsi BAM kepada media hari ini.
Beliau berkata antara pemain pelapis yang akan bersaing dalam kejohanan ini ialah dua pemain perseorangan lelaki Justin Hoh dan Eogene Ewe serta dua pemain perseorangan wanita K. Letshanaa dan Wong Ling Ching.
Sementara itu, Kenny berkata sambutan daripada pemain antarabangsa yang lain amat memberangsangkan setakat ini kerana kira-kira 340 pemain dari 20 negara akan bertanding termasuk bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dari India Kidambi Srikanth.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Super 100 2024
#kemasukan percuma
#Persatuan Badminton Malaysia
#pemain pelapis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan