awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak boleh mengharap gelaran juara dunia ketika ini - Frost

Bernama
Bernama
06/04/2015
23:26 MYT
Malaysia tidak boleh mengharap gelaran juara dunia ketika ini - Frost
Malaysia tidak boleh meletakkan harapan untuk menjadi juara dunia ketika ini atau menjuarai Terbuka Malaysia kata Morten Frost. - Gambar Fail
Malaysia tidak boleh meletakkan harapan untuk menjadi juara dunia ketika ini atau menjuarai Terbuka Malaysia memandangkan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, tidak menyertai kejohanan minggu lepas.
Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata selalunya, Malaysia mempunyai kedudukan kuat dalam acara perseorangan, terutama apabila Chong Wei bermain dalam sesuatu kejohanan.
"Kami tak sempat berbuat apa-apa minggu lepas. Tidak mungkin kami dapat mengambil langkah berkesan dalam tempoh sesingkat itu kerana selalunya, sekurang-kurangnya dua hingga empat tahun diperlukan untuk membentuk pemain yang mampu beraksi cemerlang di litar antarabangsa.
"Janganlah mengharapkan Malaysia akan menduduki tangga nombor satu dunia ketika ini. Kalau anda lihat kepada titik permulaan, maka di situlah kami ketika ini. Saya berpendapat, prestasi pada Terbuka Malaysia sangat baik bagi kami.
"Saya rasa, keseluruhan prestasi yang dipamerkan adalah baik," katanya kepada pemberita di pejabat BAM di Bukit Kiara di sini pada Isnin.
Beliau berkata beberapa pemain mempamerkan prestasi lebih baik daripada yang beliau jangka, tetapi mereka masih perlu membuat penambahbaikan pada masa akan datang, walaupun mereka memiliki potensi yang baik.
Frost berkata beliau dimaklumkan oleh jawatankuasa eksekutif bahawa para pemain berkenaan (Tan Boon Heong, Hoon Thien How dan Lim Khim Wah) dibenar meninggalkan BAM tanpa dikenakan sebarang penalti.
"Garis panduan akan dibuat, harap-harap, kami akan dapat membuat persiapan dalam masa 4-5 minggu sebelum mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan BAM," katanya.
Topic Berkaitan
#BAM
#Lee Chong Wei
#Morten Frost Hansen
#Persatuan Badminton Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan