awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Man U didakwa insiden baling botol

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2019
23:39 MYT
Man U didakwa insiden baling botol
Angel Di Maria meraikan kejayaan selepas perlawanan antara Manchester United dan Paris St Germain di Old Trafford, Manchester, 12 Feb, 2019. REUTERS
MANCHESTER United dikenakan tindakan disiplin oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) selepas insiden membaling botol terhadap pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria.
Insiden berkenaan berlaku ketika aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford pada Rabu.
Di Maria diejek oleh penyokong United sebelum sebiji botol dibaling dari tempat duduk penonton ke arah pemain itu ketika perlawanan berlangsung pada babak kedua.
United juga didakwa kerana menghalang laluan di stadium.
Sementara itu, PSG turut dikenakan empat dakwaan berbeza angkara penyokongnya yang membakar bunga api, membaling objek dan melakukan kerosakan serta kekacauan di khalayak ramai.
Kes akan didengar Jawatankuasa Kawalan, Etika Dan Disiplin UEFA pada 28 Februari.
Topic Berkaitan
#baling botol
#Kesatuan Bolasepak Eropah
#Manchester United
#PSG
#tindakan disiplin
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan