awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City, Chelsea berentap di final Liga Juara-Juara di Istanbul

Bernama
Bernama
06/05/2021
05:24 MYT
Manchester City, Chelsea berentap di final Liga Juara-Juara di Istanbul
Rembatan gol Timo Werner dan Mason Mount memberikan pasukan tuan rumah merangkul kemenangan 2-0 sekali gus menyingkirkan juara 13 kali Liga Juara-Juara, Real Madrid di perlawanan separuh akhir di Stamford Bridge. - Foto REUTERS/Toby Melville
ANKARA: Chelsea bakal bertemu Manchester City di final Liga Juara-Juara UEFA selepas melakar kemenangan ke atas Real Madrid pada Rabu dengan agregat 3-1, lapor Agensi Anadolu.
Rembatan gol Timo Werner dan Mason Mount memberikan pasukan tuan rumah merangkul kemenangan 2-0 sekali gus menyingkirkan juara 13 kali Liga Juara-Juara, Real Madrid di perlawanan separuh akhir di Stamford Bridge.
Chelsea bakal beraksi di final pertamanya sejak 2012 manakala Manchester City melangkah ke pusingan akhir selepas membenamkan Paris Saint-Germain 4-1 secara agregat.
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel muncul pengurus pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara dan Piala Eropah yang mara ke final untuk dua musim berturut-turut dengan kelab berbeza.
Musim lalu, Tuchel membimbing Paris Saint-Germain untuk layak ke gelanggang akhir namun, tewas kepada Bayern Munich 1-0 di Lisbon.
Kedua-dua pasukan Liga Perdana itu akan berentap di Stadium Olimpik Ataturk Istanbul pada 29 Mei untuk merebut takhta pasukan terbaik di Eropah pada 29 Mei.
Menteri Belia dan Sukan Turki Mehmet Muharrem Kasapoglu turut memuat naik di Twitter mengenai perlawanan itu.
"Bandar penuh memori menanti kehadiran anda!"
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Juara-Juara
#UEFA
#Chelsea
#Manchester City
#final
#sukan
#Istanbul
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan