awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United beri Antony cuti

Astro Arena
Astro Arena
10/09/2023
21:45 MYT
Manchester United beri Antony cuti
Antony yang belum ditangkap mahupun didakwa sedia bekerjasama dengan polis untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah. - Foto Astro ARENA
PEMAIN sayap Manchester United, Antony, dibenarkan bercuti bagi menangani dakwaan yang dibuat terhadapnya berhubung keganasan terhadap wanita.
Pemain berusia 23 tahun itu pada awal minggu ini digugurkan daripada skuad Brazil selepas disabit tuduhan beberapa kali melakukan pencerobohan fizikal terhadap bekas teman wanitanya, Gabriela Cavallin, sejak Januari lalu yang sedang disiasat polis tetapi dinafikannya.
United kemudian mencapai persetujuan dengan Antony untuk dia menjauhkan diri daripada kelab dalam usaha memberi fokus kepada mempertahankan tuduhan yang dilemparkan.
Antony yang belum ditangkap mahupun didakwa sedia bekerjasama dengan polis untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah.
United -- yang baru menyingkirkan Mason Greenwood -- berkata dalam satu kenyataan: “Manchester United mengakui Antony berdepan dakwaan.
“Pemain yang tidak menyertai perlawanan antarabangsa akan kembali menjalani latihan esok. Bagaimanapun, kami telah mencapai persetujuan dengan Antony bahawa dia akan menangguhkan kepulangannya hingga diberitahu kelak bagi menangani dakwaan itu.
“Sebagai sebuah kelab, kami mengecam sebarang tindakan keganasan dan penderaan. Kami mengiktiraf kepentingan untuk melindungi mereka yang telah terlibat dalam situasi ini dan sedar kesan dakwaan ini terhadap mangsa yang terselamat.”
United, yang tidak menggantung Antony, akan terus memantau perkembangan semasa dengan pengurus, Erik ten Hag, akan membuat keputusannya.
Antony pula yang kekal menikmati gaji penuh menjelaskan langkah itu diambil bagi mengelak daripada mengganggu persiapan rakan sepasukannya sambil berharap dapat kembali secepat mungkin.
An update on Antony.
— Manchester United (@ManUtd) September 10, 2023
Topic Berkaitan
#Manchester United
#keganasan terhadap wanita
#Antony
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan