awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United perlu 'cermin' diri sendiri selepas huni tangga tercorot EPL

Astro Arena
Astro Arena
14/08/2022
00:15 MYT
Manchester United perlu 'cermin' diri sendiri selepas huni tangga tercorot EPL
Pemain Brentford Pontus Jansson berbalah dengan pemain Manchester United Cristiano Ronaldo ketika perlawanan EPL antara Brentford dan Manchester United di Gtech Community Stadium, London, 13 Ogos 2022. (Foto AP)
BRENTFORD 0 MAN UTD 4
Erik ten Hag percaya tuntutan Manchester United untuk membuat pembelian baru makin jelas berikutan kekalahan memalukan 0-4 di tangan Brentford, awal pagi tadi, sambil menyatakan The Red Devils berprestasi rendah berdasarkan kualiti yang sedia ada dalam skuad mereka.
Selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion minggu lalu, Ten Hag menjadi pengurus United pertama yang tewas kedua-dua perlawanan sulungnya sejak John Chapman pada 1921.
Persembahan memalukan itu menyaksikan United ketinggalan 0-4 di London dalam tempoh hanya 35 minit apabila Brentford menjaringkan gol dengan memanfaatkan setiap empat percubaan tepat ke sasaran.
United, yang berada di kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dua perlawanan di bawah era Ten Hag, telah dikaitkan dengan tambahan muka baru dalam pasaran perpindahan apabila dilaporkan beralih kepada pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot, selepas kesukaran mendapatkan khidmat pemain Barcelona, Frenkie de Jong.
Bercakap kepada BBC selepas kekalahan buruk itu, Ten Hag berkata: "Anda perlu bersedia untuk perlawanan dan bersedia untuk berjuang sebagai individu dan sebagai sebuah pasukan. Kami perlu saling mendorong dan mengingatkan tentang tanggungjawab kami kerana ia tidak bagus.
"Sudah jelas kami memerlukan pemain baru tetapi saya tidak mahu memikirkan perkara itu pada masa ini. Pemain bagus yang kami ada sepatutnya lebih baik.
“Saya berharap untuk permulaan yang lebih bagus, saya perlu percaya kerana saya telah melihat perkara yang baik tetapi dua perlawanan ketika ini mengecewakan.
“Kami akan menganalisis dan maju ke depan tetapi satu perkara yang agak jelas, kami perlu melakukan perkara yang lebih baik lagi.
"Pasukan ini cukup bagus untuk menewaskan Brighton dan Brentford tetapi gagal, jadi kami perlu mempersoalkan diri sendiri."
1992 - Manchester United are set to finish a day bottom of the Premier League table for the first time since August 21st 1992. Anniversary. #PL30 pic.twitter.com/Z2GBJOLbnV
— OptaJoe (@OptaJoe) August 13, 2022
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Brentford
#Erik ten Hag
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan