awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa depan Sturridge masih belum terjamin

Astro Arena
Astro Arena
14/04/2017
02:46 MYT
Masa depan Sturridge masih belum terjamin
Sturridge dikaitkan dengan perpindahan Januari lalu namun akhirnya tetap kekal bersama Liverpool. - Reuters
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp enggan memberi jaminan terhadap masa depan Daniel Sturridge di Anfield.
Pemain antarabangsa England itu sering bergelut dengan kecederaan musim ini dan hanya membuat lima penampilan dalam kesebelasan utama di Liga Perdana Inggeris di samping menyumbang dua gol.
Pemain berusia 27 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan Januari lalu namun akhirnya tetap kekal bersama Liverpool.
Semalam, Klopp berkata dia masih belum mempertimbangkan siapa yang bakal dijual hujung musim ini tatkala masih mengharapkan Sturridge menyuntik ketajaman dalam barisan serangan memasuki hujung musim ini.
"Ia bukan perkara mudah tetapi yang penting dia sudah kembali dengan masih berbaki enam perlawanan. Saya gembira dengan senario ini," dia memberitahu sidang media.
"Dia menghadirkan impak ketika berdepan SToke. Kami perlu membuat penilaian setiap kali tamat sesi latihan.
"Saya langsung tidak memikirkan rupa pasukan ini bagi musim depan. Kami hanya merancang untuk membuat pembelian tetapi tidak lebih daripada itu."
Topic Berkaitan
#Daniel Sturridge
#jurgen klopp
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan