awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengambil alih pasukan Formula One satu kesilapan - Tony Fernandes

Agensi
Agensi
30/10/2014
13:10 MYT
Mengambil alih pasukan Formula One satu kesilapan - Tony Fernandes
FERNANDES: Bidang perlumbaan sudah berakhir untuk saya
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tony Fernandes mengakui membuat kesilapan dalam mengambil alih pasukan Formula One dan mengusahakan syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia, AirAsia pada masa yang sama.
Caterham, pasukan Formula One yang berpangkalan di Leafield, England memfailkan perlindungan daripada kreditor minggu lalu selepas jualan yang dicadangkan kepada syarikat Swiss Engavest SA terhenti.
Fernandes mula menguruskan pasukan tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Lotus pada tahun 2010.
Berkata kepada Sky Sports News, Fernandes memberitahu beliau akan terus memberi sokongan ke atas usaha untuk mencari pemilik baru pasukan itu.
"Anda perlu tahu di mana kekuatan dan kelemahan anda. Bidang perlumbaan sudah berakhir untuk saya," katanya.
Marussia, satu lagi pasukan Formula One, juga telah mencari perlindungan sama pada 27 Oktober dan tidak akan menyertai Grand Prix Amerika Syarikat pada 2 November ini di Austin, Texas.
"Jurang kewangan antara pasukan adalah terlalu besar. Sukan ini perlu dikaji," kata Fernandes.
Memetik kata pakar industri ini, Xander Heijnen, rakan kongsi di CNC Communications & Network Consulting AG di Munich, kebiasaanya pasukan yang paling besar akan mendapat pulangan 10 kali ganda dari pasukan yang kecil.
Namun begitu, Fernandes berkata beliau akan kekal sebagai pemilik bersama kelab bola sepak Queens Park Rangers iaitu pasukan yang menduduki tangga kedua terakhir dalam Premier League.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Caterham
#Formula One
#lotus
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan