awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai

Astro Arena
Astro Arena
07/12/2024
05:30 MYT
MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai
Bintang Inter Miami itu mengepalai The Herons memperoleh 74 mata semusim, selain membantu mereka memenangi Perisai Penyokong buat kali pertama. - Gambar/ Reuters
LIONEL Messi mengetepikan cabaran bintang Columbus Crew, Cucho Hernandez, untuk menyambar Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bagi tahun 2024.
Anugerah itu dipilih berdasarkan undian daripada pemain, pegawai teknikal kelab dan wartawan, di mana Messi menerima 38.43 peratus undian untuk menewaskan Hernandez, yang memperoleh 33.7 peratus undian.
Bintang Inter Miami itu mengepalai The Herons memperoleh 74 mata semusim, selain membantu mereka memenangi Perisai Penyokong buat kali pertama.
Messi mendaftar 32 penglibatan jaringan (21 gol dan 11 bantuan) dalam 22 penampilannya, termasuk dalam saingan playoff, dan rekod itu hanya dapat diatasi pemain LA Galaxy, Gabriel Pec (34).
Dia menjadi pemain Argentina kelima memenangi anugerah itu selepas Christian Gomez (2006), Guillermo Barros Schelotto (2008), Diego Valeri (2017) dan Luciano Acosta (2022). - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Inter Miami
#pemain paling bernilai
#MVP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan