awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Aiman mahu catat kemenangan keenam di Manila

Haider Yutim
Haider Yutim
20/07/2019
14:59 MYT
MMA: Aiman mahu catat kemenangan keenam di Manila
Aiman bakal kembali ke gelanggang MMA pada acara ONE: Dawn Of Heroes di Manila selepas hampir lapan bulan tidak bertanding. - Gambar fail/ONE
Atlet seni bela diri campuran (MMA) negara, Muhammad Aiman Raziz Affindi mensasarkan kemenangan keenamnya di pentas ONE Championship apabila berdepan petarung Indonesia, Sunoto, 2 Ogos nanti.
Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan berusia 24 tahun itu bakal kembali ke gelanggang MMA pada acara ONE: Dawn Of Heroes di Manila selepas hampir lapan bulan tidak bertanding.
"Sunoto tidak mempunyai apa-apa yang boleh mengejutkan saya atau apa-apa yang boleh mengalahkan saya.
"Ini merupakan masa yang paling lama dalam kerjaya di mana saya tidak berlawan, tetapi ia penantian yang berbaloi," katanya penuh yakin.
Menurut Muhammad Aiman, fikirannya sekarang hanya tertumpu kepada lawannya, iaitu Sunoto.
"Tiada masa untuk berfikir tentang perkara lain dalam beberapa minggu ini kecuali orang yang berdiri di hadapan saya di Manila," katanya.
Dikenali sebagai 'Jungle Cat', Muhammad Aiman merupakan bekas juara featherweight pertandingan MMA amatur (Malaysian Invasion) MIMMA musim ke-3 sebelum menyertai ONE Championship sebagai petarung profesional.
Kali terakhir dia bertarung ialah pada acara ONE: Heart Of The Lion di Singapura pada November tahun lalu.
Dalam pertarungan itu, Muhammad Aiman tewas kepada petarung Jepun, Shuyo Kamikubo melalui keputusan sebulat suara (unanimous decision).
Dia kini mempunyai rekod profesional dengan lima kemenangan, dan tiga kekalahan.
Topic Berkaitan
#Jungle Cat
#Kuala Pilah
#Manila
#MMA
#Muhammad Aiman
#ONE Championship
#ONE DAWN OF HEROES
#seni bela diri campuran
#Shuyo Kamikubo
#Sunoto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan