awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Jihin catat kemenangan di ONE X, atasi Itsuki Hirata dari Jepun

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2022
12:28 MYT
MMA: Jihin catat kemenangan di ONE X, atasi Itsuki Hirata dari Jepun
Jihin Radzuan mencatatkan kemenangan kali keduanya untuk tahun ini, selepas menewaskan Itsuki Hirata dalam aksi ONE X di Singapura, pada Sabtu. - Foto YouTube/ONE Championship
Petarung MMA wanita negara, Jihin Radzuan mencatatkan kemenangan kali keduanya untuk tahun ini, selepas menewaskan Itsuki Hirata dalam aksi ONE X di Singapura, pada Sabtu.
Anak kelahiran Johor Bahru itu mengatasi lawannya dari Jepun menerusi ‘split decision’ (keputusan berbelah bahagi) selepas tiga pusingan.
Biarpun cabaran kali ini disifatkan yang paling sukar untuknya setakat ini, namun dia berjaya mengharunginya dengan tenang.
Kemenangan terbaharu ini turut melebarkan rekod professional Jihin kepada 8 - 2 (lapan kemenangan, dua kekalahan).
Ini merupakan pertarungan yang kedua tahun ini bagi atlet berusia 23 tahun itu.
Pada 11 Februari lalu, dia telah menewaskan Mei Yamaguchi yang juga dari Jepun menerusi ’unanimous decision’ (keputusan sebulat suara).
Topic Berkaitan
#Jihin Radzuan
#ONE X
#ONE Championship
#Itsuki Hirata
#Malaysia
#Jepun
#MMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan