awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas serangan Iran di Haifa
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Petani
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Rafiq muncul naib juara di Nevada

Bernama
Bernama
17/03/2025
09:40 MYT
Muhammad Rafiq muncul naib juara di Nevada
Muhammad Rafiq muncul naib juara PBA Scorpion Championship apabila tumpas di tangan Rasmus Edvall dari Sweden 224-172 pada aksi final stepladder yang berlangsung di National Bowling Stadium di Reno, Nevada.
KUALA LUMPUR: Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail hampir melakar sejarah menjadi wakil negara pertama memenangi Jelajah Professional Bowlers Association (PBA) di Amerika Syarikat pada Ahad lepas.
Ini selepas Muhammad Rafiq muncul naib juara PBA Scorpion Championship apabila tumpas di tangan Rasmus Edvall dari Sweden 224-172 pada aksi final stepladder yang berlangsung di National Bowling Stadium di Reno, Nevada.
Keputusan tersebut menyaksikan Edvall berjaya membalas dendam susulan kekalahan dialami kepada bekas juara dunia 2018 itu di peringkat penyingkiran 3-0 (228-176, 251-164, 259-183).
Terdahulu, kemenangan di peringkat penyingkiran itu membolehkan Muhammad Rafiq mara ke final stepladder sebagai pilihan utama manakala pencabar lain yang tewas terpaksa mengharungi beberapa lagi perlawanan sebelum bertemu wakil Malaysia tersebut.
Pencapaian atlet berusia 27 tahun itu sekali gus menyaksikannya memperbaiki kedudukan ketiga yang pernah diraihnya di kejohanan Greater Jonesboro Open 2018, yang juga merupakan pencapaian terbaik buat pemain boling Malaysia pada Jelajah PBA sebelum ini.
Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok ketika dihubungi berkata pihaknya amat bangga dengan kejayaan dicatat pemain dari Selangor itu.
"Sayang beliau tidak menang namun ia tetap satu pencapaian yang hebat buat Muhammad Rafiq," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jaguh boling negara
#Muhammad Rafiq
#Amerika Syarikat
#Jelajah PBA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan