awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib berbeza empat pasukan EPL di pusingan 16 Liga Juara-Juara

Sinar Harian
Sinar Harian
08/11/2022
00:40 MYT
Nasib berbeza empat pasukan EPL di pusingan 16 Liga Juara-Juara
Hamit Altintop menunjukkan tiket Tottenham Hotspur semasa undian Pusingan 16 Liga Juara-Juara 2022/23 di Ibu Pejabat UEFA. - Foto Agensi/Sinar Harian
EMPAT pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan laluan berbeza selepas undian pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Ibu Pejabat UEFA di Nyon, Switzerland, pada Isnin.
Jagoan Inggeris yang sarat tradisi kejuaraan Eropah, Liverpool akan berentap dengan penyandang juara yang juga juara 14 kali, Real Madrid.
Juara EPL, Manchester City pula dijangka tidak berdepan masalah apabila diundi berdepan kelab Bundesliga Jerman, RB Leipzig.
Juara edisi 2021, Chelsea akan berdepan satu lagi wakil dari Jerman, Borussia Dortmund manakala Tottenham Hotspur diundi menentang juara Serie A Itali, AC Milan.
Kelab mewah dari Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) pula diundi bertemu jagoan Bundesliga Jerman, Bayern Munich sekali gus mengulangi aksi final edisi 2020.
Sementara itu, Inter Milan dari Itali akan bertemu kelab Portugal, Porto manakala satu lagi kelab Jerman, Eintracht Frankfurt berdepan cabaran wakil Itali, Napoli, Benfica pula diundi bersama kelab Belgium, Club Brugge.
Untuk rekod, perlawanan timbal balik pertama dijadualkan berlangsung pada Februari manakala aksi kedua pada Mac, dengan perlawanan akhir berlangsung di Istanbul pada 10 Jun tahun depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liga Juara-Juara UEFA
#Liverpool
#Real Madrid
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan