awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netizen pertahan Faiz Subri apabila segelintir kecohkan isu pakaian, bahasa

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/01/2017
02:15 MYT
Netizen pertahan Faiz Subri apabila segelintir kecohkan isu pakaian, bahasa
Difahamkan, Faiz terpaksa berucap dalam bahasa Inggeris kerana peraturan yang ditetapkan FIFA.
KEJAYAAN Mohd Faiz Subri dinobatkan pemenang Anugerah Puskas 2016 sememangnya mengundang rasa bangga yang bukan sedikit dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ternyata dalam kesuraman suasana bola sepak di negara ini, kemenangan Faiz setidak-tidaknya memberi sedikit kegembiraan dan harapan buat pencinta bola sepak tanah air.
Di laman sosial, perasaan bangga dikongsi bukan sahaja dalam kalangan pemain bola sepak, tetapi juga peminat.
Woke up to the great news. Congrats to #faizsubri for winning the #PuskasAward /p>— (@SyeeraZaki) January 10, 2017
Congrats Faiz Subri @faizsubri131 . U made Malaysian proud of you..#PuskasAwards2016 #thebest #faizsubri
— zaty (@izatighani) January 10, 2017
Congrats #faizsubri sbb menang #PuskasAward Malaysian proud of you /p>— NuruLiciOus (@Suha085) January 10, 2017
Congratulations #faizsubri for winning the #PuskasAwards2016 . You deserved it. God bless you! #MalaysiaBoleh
— eqqaedem (@AdemMonica) January 10, 2017
We dont know our destiny. Keep trying. Who knows suddenly you can be famous worldwide. Good job bruh #faizsubri
— C (@Carmkoala) January 10, 2017
Tidak ketinggalan, komuniti penggiat seni tanah air juga tumpang teruja dengan pencapaian Faiz.
Tiada yang Mustahil .. Percaya pada diri & berikan yang terbaik
Tahniah bro @faiz_subri13 FIFA #puskásaward2016 Gol Tercantik Sepanjang 2016
A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on
Jan 9, 2017 at 3:58pm PST
Alhamdulillah..Tahniah @faiz_subri13 Kamu sangat membanggakan..Legend di usia muda #respect
A photo posted by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on
Jan 9, 2017 at 3:41pm PST
Menyeringai kau sengih ek bang??? Hehehe tahniah @faiz_subri13
A photo posted by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) on
Jan 9, 2017 at 10:48am PST
Namun, antara puji-pujian yang diterima pemain Pulau Pinang itu, masih ada sebilangan yang masih tidak berpuas hati.
Antara yang dipertikaikan mereka adalah mengapa Faiz tidak berucap dalam bahasa Malaysia, dan tentang 'janji' memakai baju Melayu yang tidak ditunaikan.
Komen-komen remeh itu segera dijawab dan dimatikan oleh netizen yang nyata tidak bersetuju dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang hanya gemar mencari kesalahan.
Takpa kalau ucapan Faiz Subri melencong mcm freekick dia. Janji dia cipta sejarah. Tahniah !
— zepi (@huzaifii) January 9, 2017
Nervous beri ucapan takpe, janji ang ensem macam CR7 #faizsubri
— kid kash (@akashahAFIQ) January 9, 2017
Faiz Subri, honestly it is okay if you do not wear baju melayu in Zurich. Nobody will be mad at you. It's cold anyway.
— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) January 4, 2017
Fed up pulak aku tengok org bahan Faiz Subri nak pakai Baju Melayu. Eh bangga la anak Malaysia ada di pentas dunia!
— Man Co (@arief1750) January 9, 2017
Dari maklumat yang diterima, Faiz terpaksa berucap dalam bahasa Inggeris kerana FIFA hanya membenarkan empat bahasa digunakan di atas pentas acara tersebut, dan bahasa Malaysia tidak termasuk dalam empat bahasa itu.
Faiz juga sebelum ini memaklumkan terpaksa membatalkan hasrat memakai baju Melayu kerana cuaca yang terlalu sejuk.
Topic Berkaitan
#FIFA
#free kick
#Liga Super 2016
#Mohd Faiz Subri
#Puskas
#sepakan percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan