awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neymar bertambah baik setiap hari - Danilo

Astro Arena
Astro Arena
31/05/2018
01:18 MYT
Neymar bertambah baik setiap hari - Danilo
Neymar dalam sesi latihan bersama Danilo. - Astro Arena
PERTAHANAN kanan Brazil, Danilo, sedar kecergasan Neymar semakin bertambah baik untuk menghadapi Piala Dunia apabila dia mula membuat larian dalam latihan.
Tumpuan terarah kepada bintang Paris Saint-Germain itu ketika dia melakukan persediaan untuk Russia 2018 bersama rakan sepasukannya, walaupun terkeluar daripada saingan domestik akibat patah metatarsal pada akhir Februari lalu.
Skuad Tite memulakan kempen Piala Dunia dengan menentang Switzerland di Rostov pada 17 Jun tetapi sasaran pertama Neymar adalah perlawanan persahabatan menentang Croatia di Anfield, Ahad ini.
Menurut pemain Manchester City, Danilo, semuanya berjalan lancar.
"Saya banyak bercakap dengannya dalam 10 hari ini, saya selalu berdepannya dalam sesi latihan," katanya dalam sidang akhbar.
"Saya sentiasa mencabarnya dan dia bertambah baik setiap hari, lebih pantas dan lebih sukar untuk menghalangnya.
"Kami harap dia boleh hadir dalam Piala Dunia. Jika tidak 100 peratus pun, maka ia hampir kerana bagi kami ini sangat penting."
Dalam pada itu, Danilo sedang mengejar tempat dalam kesebelasan utama bersama Selecao selepas pemain veteran PSG, Dani Alves, terlepas Piala Dunia akibat kecederaan ligamen lutut.
"Pertama sekali, kecederaan Dani Alves menyebabkan kami semua sedih kerana apa yang mampu diberikannya kepada skuad ini tidak dapat ditandingi," kata bekas pertahanan Real Madrid itu.
"Apa yang diberikannya kepada pasukan sepanjang tahun ini adalah semangat perjuangannya, kepimpinannya dan gaya bermainnya. Tidak syak lagi, itu kehilangan besar.
"Tetapi (pertahanan Corinthians) Fagner dan saya telah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada Brazil."
Topic Berkaitan
#Danilo
#Neymar
#Piala Dunia
#World Cup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan