awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri

Bernama
Bernama
03/11/2023
06:33 MYT
Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri
Neymar mengalami kecederaan ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia Brazil di Montevideo bulan lalu. - Gambar/ Reuters
RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri, kata petugas perubatan yang merawatnya pada Khamis, lapor Xinhua.
Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia Brazil di Montevideo bulan lalu.
Beliau dijangka menjalani proses pemulihan selama enam bulan.
"Pembedahan itu berjaya. Beliau akan kekal di hospital selama 24 atau 48 jam lagi bergantung kepada perkembangan kesihatannya," kata doktor kepada pasukan Brazil Rodrigo Lasmar dalam satu kenyataan ringkas.
Lasmar berkata bahawa "langkah seterusnya adalah pemulihan dan fisioterapi".
Pakar berpendapat bahawa Neymar perlu direhatkan sehingga lapan bulan sebelum pulih sepenuhnya, bermakna beliau mungkin terlepas Copa America yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun dan Julai depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Neymar
#kecederaan lutut
#pembedahan lutut
#ACL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan