awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol mara ke separuh akhir Terbuka British

Bernama
Bernama
26/03/2016
02:46 MYT
Nicol mara ke separuh akhir Terbuka British
Nicol akan berdepan tentangan seorang lagi pemain Mesir, Nour El Sherbini. - Gambar fail
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka British 2016 selepas menewaskan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy di suku akhir pada Jumaat.
Pemain nombor dua dunia berusia 32 tahun itu bermula garang dalam aksi di gelanggang kaca Airco Arena di Hull, England dengan memenangi set pertama 11-4, namun di set kedua Omneya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 dengan kemenangan 14-12.
Nicol yang mengintai gelaran keenam pada Terbuka British, berjaya menumpaskan pilihan keenam itu pada set ketiga yang penuh mendebarkan 12-10 dan seterusnya memenangi set keempat 11-2 dalam perlawanan berlangsung selama 46 minit.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu akan berdepan seorang lagi pemain Mesir, Nour El Sherbini pada separuh akhir, hari ini.
Nour, sebelum itu menempah slot dalam kelompok empat terbaik selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat Amanda Sobhy 11-4, 11-7 dan 14-12 dalam aksi yang berlangsung selama 33 minit.
Untuk rekod, Nicol menjuarai kejohanan itu pada 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.
Topic Berkaitan
#Nicol David
#Skuasy
#terbuka british
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan