awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki

Bernama
Bernama
11/08/2024
00:30 MYT
Olimpik Paris 2024: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki
Cao meraih pingat emas Olimpik keempatnya dengan 547.5 mata. - Foto AP
PARIS: Penerjun China Cao Yuan berjaya mempertahankan gelaran Olimpiknya dalam acara 10 meter (m) platform lelaki pada Sabtu ketika China menyapu bersih semua lapan pingat emas terjun di Sukan Olimpik Paris, lapor Xinhua.
Cao, 29, meraih pingat emas Olimpik keempatnya dengan 547.5 mata menjadikannya penerjun pertama sejak legenda Amerika Syarikat (AS) Greg Louganis melakukannya di Sukan Olimpik Seoul 1988 untuk mempertahankan gelaran dalam acara 10m platform lelaki.
"Saya sangat teruja. Saya telah berusaha keras untuk pulih, berfikir, dan berada dalam keadaan baik di Paris," kata Cao selepas kejayaan itu.
Penerjun remaja Jepun Rikuto Tamai gagal menyempurnakan terjunan kelimanya tetapi masih berjaya meraih pingat perak dengan mata 507.65 selepas menerima markah tertinggi 99 mata dalam terjunan terakhir.
Penerjun Britain Noah Williams meraih pingat gangsa dengan 497.35 mata manakala juara dunia Yang Hao dari China tidak berada dalam prestasi terbaiknya dan menamatkan saingan di tempat terakhir dalam kalangan 12 penerjun di peringkat akhir.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Cao Yuan
#acara 10m platform lelaki
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan