awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2024
16:07 MYT
Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut
Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, sebentar tadi. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga acara pecut individu Sukan Olimpik Paris 2024.
Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, sebentar tadi dengan catatan masa 9.866 saat.
Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman dijadual bersaing dalam acara 1/8 pada jam 1.38 pagi waktu Malaysia.
Sementara itu, seorang lagi pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya ke pusingan 1/16 acara pecut individu.
Atlet berusia 28 tahun itu menamatkan perlumbaan saringan ketiga repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Lithuania, Vasilijus Lendel.
Shah Firdaus terpaksa bersaing dalam pusingan repechage apabila tewas kepada Mikhail Iakovlev pada pusingan pertama.
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Sukan Olimpik Tokyo
#The Pocket Rocketman
#acara pecut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan